Menu:

Nadi ILmu Amalan Membaca

PENGENALAN

‘NILAM’ atau Nadi Ilmu Amalan Membaca merupakan satu usaha Kementerian Pelajaraan
Malaysia untuk membina tabiat membaca di kalangan murid dengan hasrat mewujudkan
masyarakat Malaysia yang cinta kepada budaya membaca dan budaya ilmu.

NILAM merupakan penggabungan atau adunan kesemua aktiviti galakan membaca yang
dijalankan di sekolah dengan memberi pengiktirafan. Program ini merupakan satu
pendekatan untuk mengatasi masalah-masalah yang menghalang penyuburan tabiat membaca.

Program ini merangkumi rancangan membina tabiat membaca secara terancang
dan berterusan. Ia merupakan program penilaian pembacaan yang berterusan sepanjang
tahun.



PENDEKATAN

  • Pendekatan yang wajar diambil dalam pembinaan tabiat membaca mestilah berupa paksaan yang berterusan.


MATLAMAT NILAM

  • Matlamat program NILAM ialah supaya terbina tabiat membaca di kalangan murid-murid.

OBJEKTIF
  • Menjadikan murid-murid banyak membaca.
  • Menggalakkan sekolah terus menjana idea kreatif dan inovasi bagi menyemai tabiat membaca.


APA ITU NILAM?

Nadi Ilmu Amalan Membaca
  • Satu program yang menggabungkan atau mengadunkan semua aktiviti galakan membaca di sekolah dengan memberi ganjaran/ pengiktirafan


Jawatankuasa NILAM TAHUN 2011

Picture